Oh Angin Malam

Curahan Ilmu Sastera

23:24

Lembaran 1 : Pengayaan

Posted by serkirshimnizbek

*Khusus bagi pelajar yang berhasil menjawab kesemua soalan latihan bertulis.

Sila baca sajak di bawah ini.


'Orang Tua Dengan Hujan'

Hujan di luar
titis-titisnya melanda
atap
daun-daun nipah yang
reput
dimamah usia

bagaikan rumah
lantai dan pintu yang goyak
seorang tua
kuyup dalam hujan
kedinginan
mengetuk daun pintu
yang hampir kopak
itu

hujan dan badai di luar
menghambat
seorang tua yang
mencari
perlindungan di rumah
yang seperti diri dan usianya
rapuh dan goyah

ketukan itu terus berlalu
tapi
rumah kosong
tidak siapa yang
menyahutnya

Seorang tua
yang kini
setengah mati
kedinginan
meneruskan jalannya
dalam hujan badai


Jawab soalan-soalan berikut:

1) Huraikan bentuk sajak diatas.

2) Berikan maksud setiap rangkap bagi sajak 'Orang Tua Dengan Hujan'.

***Sila tekan perkataan 'Comment' di sebelah kiri bahagian bawah kotak ini untuk memberikan jawapan awda. ^-^

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui 'Bicara Sastera' yang disediakan pada sebelah kanan bahagian atas halaman utama blog ini.

0 comments:

Post a Comment

Ahli - Ahli 'Oh Angin Malam'

Ahli - Ahli 'Oh Angin Malam'