Oh Angin Malam

Curahan Ilmu Sastera

05:30

Deklamasi Sajak

Posted by serkirshimnizbek

01:12

OMBAK DI PASIR PANTAI

Posted by serkirshimnizbek


Dalam hidup
kita bagaikan ombak-ombak laut yang
berkejaran
menghempaskan diri ke pantai pasir
meskipun ombak itu tahu bahawa itulah
akhirnya

Engkau jadikan ombak-ombak itu tanpa
jemu menghempaskan dirinya
Engkau jadikan manusia pun terus
mengejar
sesuatu yang dicarinya
sehingga bila ia menemukan Engkau
akan terhenti
bagaikan ombak-ombak yang
terhenti
setelah menghempas pantai
resap di telan pasir

Engkau telah diciptakan malam
dan Engkau ciptakan siangnya
Engkau ciptakan ombak-ombak
dan Engkau ciptakan pantainya
Engkau jadikan hati ini
rindu
sehingga ia bagaikan ombak
yang mengejar pantai
meskipun sewaktu-waktu ia
tahu
akan mati menghempas pasir.

Adi Kelana
Jeddah
Julai 1988

23:51

Lembaran 1

Posted by serkirshimnizbek

HURAIAN MAKSUD SAJAK

Rangkap 1

=> Kehidupan manusia penuh dengan cabaran, matlamat dan rintangan hidup. Jadi, Manusia sentiasa berlumba-lumba untuk mencapai matlamatnya walaupun adakalanya mereka tahu mereka akan menemui kegagalan, namun mereka tetap berusaha untuk mecapai kejayan.

Rangkap 2

=> Manusia berusaha mencari kebahagiaan tanpa mengenal putus asa. Allah S.W.T mengalakkan manusia untuk mencari kenikmatan hidup di dunia dan juga akhirat.

Rangkap 3

=> Allah S.W.T telah menjadikan kejadian alam ini berpasang-pasangan dan setiap kejadian ada hikmahnya. Manusia berusaha untuk mencapai apa yang mereka impikan. Namun kemewahan dunia melalaikan manusia, sedangkan pada suatu hari nanti manusia akan kembali Kepada-Nya.


BENTUK SAJAK

Rangkap = 3 Rangkap

Rangkap 1 = 6 baris (Sekstet)
Rangkap 2 = 11 baris
Rangkap 3 = 11 baris

Rima Akhir

Rangkap 1 = a/b/c/d/e/f
Rangkap 2 = a/a/b/c/a/d/e/f/e/e/c
Rangkap 3 = a/b/c/d/b/e/c/d/b/e/f

Patah Perkataan

1 patah perkataan (Rangkap 1 , Baris 3= berkejaran) hingga 6 patah perkataan (Rangkap 1 , Baris 5 = meskipun ombak itu tahu bahawa itulah)

Suku kata

2 Suku kata (Rangkap 3 , Baris 6 = rindu) hingga 15 suku kata (Rangkap 1 , Baris 5 = meskipun ombak itu tahu bahawa itulah)

Keseluruhan sajak

=> Berbentuk bebas, tidak terikat dengan puisi lama. Disebabkan jumlah baris, suku kata, perkataan dan rima akhirnya tidak sekata.


PERSOALAN

Rangkap 1 => Perjuangan dan Kegigihan.

Rangkap 2 => Perjuangan dan kegigihan.

Rangkap 3 => Ketuhanan / Keagamaan.


TEMA

=> 'Perjuangan dan kegigihan hidup.'


PERUTUSAN

=> Manusia tidak mudah berputus asa dalam mencapai kejayaan.
=> Tekun dan berusaha menghadapi cabaran dan rintangan hidup adalah kunci mencapai kejayaan.
=> Mengejar kebahagiaan hidup dunia perlu mengejar kebahagiaan akhirat juga.


***Sila tekan punat / tab 'Pelajar' di atas untuk muat turun Nota dan Latihan Bertulis 1.

23:24

Lembaran 1 : Pengayaan

Posted by serkirshimnizbek

*Khusus bagi pelajar yang berhasil menjawab kesemua soalan latihan bertulis.

Sila baca sajak di bawah ini.


'Orang Tua Dengan Hujan'

Hujan di luar
titis-titisnya melanda
atap
daun-daun nipah yang
reput
dimamah usia

bagaikan rumah
lantai dan pintu yang goyak
seorang tua
kuyup dalam hujan
kedinginan
mengetuk daun pintu
yang hampir kopak
itu

hujan dan badai di luar
menghambat
seorang tua yang
mencari
perlindungan di rumah
yang seperti diri dan usianya
rapuh dan goyah

ketukan itu terus berlalu
tapi
rumah kosong
tidak siapa yang
menyahutnya

Seorang tua
yang kini
setengah mati
kedinginan
meneruskan jalannya
dalam hujan badai


Jawab soalan-soalan berikut:

1) Huraikan bentuk sajak diatas.

2) Berikan maksud setiap rangkap bagi sajak 'Orang Tua Dengan Hujan'.

***Sila tekan perkataan 'Comment' di sebelah kiri bahagian bawah kotak ini untuk memberikan jawapan awda. ^-^

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui 'Bicara Sastera' yang disediakan pada sebelah kanan bahagian atas halaman utama blog ini.

23:18

Lembaran 1 : Pemulihan 1

Posted by serkirshimnizbek

Penerangan mudah dan ringkas daripada guru mengenai huraian maksud sajak.

Sila baca kembali rangkap satu bagi sajak 'Ombak Di Pasir Pantai' dan Jawab soalan di bawah ini.

Soalan

1) Apakah persoalan yang ditimbulkan dalam rangkap satu bagi sajak 'Ombak Di Pasir Pantai'.


***Sila tekan perkataan 'Comment' di sebelah kiri bahagian bawah kotak ini untuk memberikan jawapan awda.

23:13

Lembaran 1 : Pemulihan 2

Posted by serkirshimnizbek

Penerangan mudah daripada guru mengenai salah satu rangkap dalam sajak 'Ombak di Pasir Pantai'

22:56

Lembaran 2

Posted by serkirshimnizbek

GAYA BAHASA

=> Kata Ganda

Contohnya:

(Rangkap 2 , Baris 1 )
Engkau jadikan ombak-ombak itu tanpa

=> Unsur Simbolik

Contohnya:

Ombak = Cabaran
Pantai Pasir = Matlamat atau cita-cita

=> Unsur Paradoks

Contohnya:

(Rangkap 3, Baris 1 dan 2)

Engkau telah ciptakan malam
dan Engkau ciptakan siangnya

=> Personifikasi

Contohnya:

(Rangkap 1 , Baris 2 dan 3)
Kita bagaikan ombak-ombak laut yang berkejaran


CORAK

=> SATIRA


NADA

=> SINIS


ALIRAN

=> REALISME

=> DIDAKTISISME


***Sila tekan punat / tab 'Pelajar' di atas untuk muat turun Nota dan Latihan Bertulis 2.

22:35

Lembaran 2 : Pengayaan

Posted by serkirshimnizbek

*Khusus bagi pelajar yang berhasil menjawap keseluruhan latihan bertulis.

Sila perhatikan dan baca sajak 'Orang Tua Dengan Hujan' yang tertera pada halaman Lembaran 1 : Pengayaan.

Kemudian, jawab soalan-soalan berikut

1) Bincangkan corak dan nada bagi sajak di atas.

2) Jelaskan aliran yang terkandung dalam sajak 'Orang Tua Dengan Hujan'.


***Sila tekan perkataan 'Comment' di sebelah kiri bahagian bawah kotak ini untuk memberikan jawapan awda.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui 'Bicara Sastera' yang disediakan pada sebelah kanan bahagian atas halaman utama blog ini.

22:22

Lembaran 2 : Pemulihan 1

Posted by serkirshimnizbek

*Penerangan mudah mengenai analisis sajak oleh guru.

Selepas penerangan, guru akan memberikan latihan bentuk pemulihan kepada pelajar.

Sila baca kembali rangkap ketiga sajak 'Ombak Di Pasir Pantai', Kemudian sila jawap soalan-soalan berikut:

Soalan

1) Nyatakan tiga sahaja gaya bahasa yang terdapat dalam rangkap ketiga bagi sajak 'Ombak Di Pasir Pantai' berserta contoh.

2) Berikan corak dan nada yang terkandung dalam rangkap ketiga bagi sajak 'Ombak Di Pasir Pantai'.

3) Apakah aliran bagi rangkap tersebut?


***Sila tekan perkataan 'Comment' di sebelah kiri bahagian bawah kotak ini untuk memberikan jawapan awda.

22:03

Lembaran 2 : Pemulihan 2

Posted by serkirshimnizbek

Sila baca kembali sajak 'Ombak Di Pasir Pantai' kemudian jawap soalan-soalan berikut:

Soalan

1) Nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam sajak berikut. Kemudian berikan contoh untuk membuktikan jawapan awda.

2) Apakah corak yang sesuai bagi sajak 'Ombak Di Pasir Pantai'?


***Sila tekan perkataan 'Comment' di sebelah kiri bahagian bawah kotak ini untuk memberikan jawapan awda.

Ahli - Ahli 'Oh Angin Malam'

Ahli - Ahli 'Oh Angin Malam'